Sebenarnya
puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor
luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh
para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor
tersebut ialah:
1) Lupa
mengingat Allah
Kerana
terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka
tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah
lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan
saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan
hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah
s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka
sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan
Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati
pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda
Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati
Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri
majlis-majlis ilmu.
2) Mudah
tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan
dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu
saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki
agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup
durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah
s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan
tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh
kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah
terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah
iman.
5) Bersikap
suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah
perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.
No comments:
Post a Comment