SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM
HATI. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di
dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau
asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat
punyer..)
2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di
dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk
membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan
hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam
mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad
dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki
sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil Sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari
dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki
yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih
sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid
tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi
manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui
makhluk.
5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org
tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang
lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan
iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil
pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu
banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..
tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7.
Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri..
cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak Terseksa sendiri
kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya
tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada.
9. Cinta dunia Tidak dapat
menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah **Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu
“panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
No comments:
Post a Comment