Tuesday 15 May 2012

ibu

kasihmu ibu
tak mampu diungkapi
tingginya tak mampu terjangkau
dalamnya tak mampu kuselami
namun kasihnya ibu
tak pernah mengharap balas
kerana kasihmu ibu
kasih sejati
kerana kasihmu ibu
kasih nan abadi.

Monday 14 May 2012

mencari pengalaman


sape kat dlm gambar tu??? haaa tu la adik2 dari SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA CHEMOMOI,TRIANG,PAHANG.

hujung minggu lepas telah berjaya menyibukkan diri dengan program yg dianjurkan oleh KELAB PENYAYANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. alhamdulillah segala program berjalan dgn lancar dan adik2 form 5 sumer beri kerjasama yg sgt baik...xdpt diungkapkan dgn kata2 betapa seronoknya program ni... program ni dibuat untuk memberi motivasi kepada adik2 kita yg akn ambil peperiksaan SPM tahun nie..good luck ye adik2...jgn lupa aplikasikan segala ilmu yg adik2 dapat daripada abang serta kakak2 yg telah bertungkus lumus memberikan motivasi kpd diri adik.

walaupun agak terkejut cuma 3 org je student 1st year yg melibatkan diri dalam program NURI tapi alhamdulillah dgn azam yg tinggi pergi untuk membuat bakti dan mencari pengalaman membuatkan saya tidak cikit pon terasa wujudnya jurang antara kakak2 serta abang2 yg turut serta..

byk ilmu yg telah  saya dapt secara xlangsung  sepnjg program dijalankan... =)

Tuesday 8 May 2012

sahabat

sahabat selalu setia
seperti mentari yang tak pernah bosan menyinari bumi
sahabat membawa ketenangan
ibarat bulan yang menyejukkan malam
sahabat memberi warna dalam hidup
seperti pelangi yang indah
sahabat adalah semangat hidup
ibarat air yang menjadi sumber kehidupan
tanpa sahabat dunia terasa sepi
seperti manusia yang membutuhkan oksigen
dan sahabat tak pernah mati
ibarat bintang, walau jauh tapi tetap bersinar & punya tempat istimewa dalam hatimu

Sunday 6 May 2012

Apa itu Fungus?


Secara ringkasnya Fungus adalah sejenis kuman yang sangat halus pada pandangan mata kasar manusia dan hidup menumpang bersama haiwan peliharaan anda. Fungus boleh mengakibatkan jangkitan kulit ke atas kucing secara berperingkat dan jika tidak ditegah dengan teliti, fungus akan merebak ke keseluruhan anggota badan kucing anda.
Apabila ini berlaku, jangan biarkan kucing anda tanpa sebarang rawatan susulan seberapa segera. Mengikut pengalaman Jarey, terdapat beberapa cara mudah untuk anda merawat jangkitan fungus ni..
Salah satu cara tersebut ialah dengan menggunakan ubat gel anti fungus yang betul. Jarey menggunakan gel anti fungus berjenama ‘Natural Pet’ yang boleh didapati dari kedai2 pet shop berhampiran (kemungkinan tidak di semua kedai pet).
naturalpet-antifungalgel
Ini adalah salah satu gel anti fungus yang sangat2 berkesan, dengan harga dari RM30 – RM40, anda sudah boleh tersenyum apabila melihat hasilnya yang berfungsi merawat jangkitan dengan baik selama 24 jam selepas setiap sapuan. Manakala hasil keseluruhan boleh dilihat dalam jangka masa 1 ke 2 minggu. (bergantung pada jenis baka kucing)
Cara menggunakan :
- Sapu gel ‘Natural Pet’ anti fungus dengan rata pada anggota badan kucing yang terdedah dengan fungus.
- Boleh dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang/malam)
- Gunakan glove/sarung tangan ketika menyapu gel ke atas kucing yang berfungus
Manakala alternatif yang lain pula, Jarey mencadangkan supaya kucing anda diberi suntikan anti-fungus yang betul. Suntikan ini anda boleh dapati daripada klinik kesihatan haiwan (biasanya dari klinik kerajaan) serta vertinary2 yang berdaftar.
Dengan sekali suntik yang berharga dari hanya RM10, suntikan anti-fungus ni boleh bertahan sehingga 30 hari dalam badan kucing anda untuk melawan sel2 fungus2 tersebut. Pastikan jarum suntikan di rendam air panas selepas digunakan dan jarum tidak terdedah (patut ditutup rapi) sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

rutin hari ini

alhamdulillah akhirnya dapat juga belajar benda baru melalui tutorial yang belambak-lambak kat internet....walaupun sikit tapi dapat ilmu yang amat berguna....

Friday 4 May 2012

dosa-dosa besar


Ada dinyatakan sebanyak 60 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:

1. Empat jenis di hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman 
    daripada seksa Allah.
2. Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah 
    palsu dan mengamalkan sihir.
3. Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
4. Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
5. Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
6. Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
7. Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua. 




Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar. Mengikut imam az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam kitabnya 'Al-Kabaair', beliaumenghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti yang disenaraikan di bawah.

1.. Syirik
2.. Membunuh Manusia
3.. Sihir
4.. Tinggal Sembahyang
5.. Tidak Mengeluarkan Zakat
6.. Tidak Berpuasa
7.. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8.. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9.. Memutuskan Silatulrahim
10.. Berzina
11.. Homosex
12.. Memakan Riba
13.. Memakan Harta Anak Yatim
14.. Mendustakan Allah SWT dan Rasul
15.. Lari dari Medan Perang
16.. Sombong
17.. Saksi Palsu
18.. Meminum Arak
19.. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.. Berjudi
21.. Menuduh orang baik melakukan Zina
22.. Menipu harta rampasan Perang
23.. Mencuri
24.. Merompak
25.. Sumpah Palsu
26.. Berlaku Zalim
27.. Pemungut cukai yang Zalim
28.. Makan dari kekayaan yang Haram
29.. Bunuh Diri
30.. Berbohong
31.. Hakim yang Tidak adil
32.. Rasuah
33.. Wanita yang menyerupai Lelaki
34.. Tidak Cemburu
35.. Cina Buta
36.. Tidak Suci Hadas kecil
37.. RIAK Mempamerkan Diri
38.. Ulamak Dunia (jahat)
39.. Khianat
40.. Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.. Mangingkari Takdir
42.. Mencari Kesalahan Orang lain
43.. Menabur Fitnah
44.. Mengutuk Umat Islam
45.. Mengingkari Janji
46.. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.. Derhaka kepada Suami
48.. Gambar pada Baju
49.. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.. Mengganggu Orang lain
51.. Berbuat Zalim terhadap yang lemah
52.. Mengganggu Tetangga
53.. Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
55.. Melabuhkan Pakaian
56.. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.. Hamba Lari dari Tuan
58.. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
59.. Menjadi Pak Sanggup
60.. Berdebat dan Bermusuh


p/s  :  Sekadar mengingatkan diri.... Semoga ALLAH mengampunkan dosa orang yang bertaubat...Amin...