Monday 30 April 2012

my pet adward

pejam celik rupenye dah nak masuk 3bulan bela adward...adward nie sekor kucing mix maine coon ngan pasian...klu tgk bapak die lagi la besar harga pon rm4000-rm5000.. terkejut gak la dgr harga bapak die... adward plak harga rm1600...mahal mmg mahal tp berbaloi2..ape yg berbaloi nye...die sgt la manje nakal nakal dan nakal habis sume pasu bunga dalam umah die terbalikkan...ranting hiasan abis die patahkan...pantang nampak orang jalan habis die kejar...sgt la hyperactive smpai xterlayan......now adward da nak masuk 9bulan...kejap jew die da besar...makin besar makin nakal...makin besar makin gempal..

klu nk bela kucing nie kene rajin..rajin dr segi ape??? dr segi penjagaan,pemakanan dan sewaktu dgn nya...ape yang penting hari2 WAJIB sikat bulu die...larat ke hari2 nk wat...da beli mahal2 pepandai la jaga...huhu

Sunday 29 April 2012

abc

Tahukah anda perkataan "The quick brown fox jumps over the lazy dog" menggunakan kesemua huruf. sangat menakjubkan... boleh kita bina perkataan seperti itu dgn menggunakan semua huruf??

Friday 27 April 2012

11 jenis manusia yang didoa malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. 

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Thursday 26 April 2012

kekurangan suatu yang hebat!!


walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.
Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Wednesday 25 April 2012

tabiat yang merosakkan otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday 22 April 2012

yakin

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

tarbiyyah


"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,

Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya, 
"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"


Saturday 21 April 2012

apa ada pada senyuman

ramai diantara kita yang susah untuk senyum.walaupun da banyak kempen mengenai senyuman diadakan tapi tetap jugak ada individu yang susah nak bagi senyuman.. bukan ke senyum tu satu sedekah??

 Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesihatan, tingkat stres dan daya tarik kita. Senyum juga dipercaya sebagai salah satu jalan jika ingin sentiasa awet muda. Senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesihatan, antaranya :

  1. Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut membuat orang menjauhkan dari kita , tetapi sebaliknya senyum boleh membuat mereka tertarik.
  2. Senyum dapat mengubah mood kita. Ketika kita merasa “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
  3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang
  4. Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda.Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.
  5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
  6. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun.
  7. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang beda, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.

Wednesday 18 April 2012

hati oh hati

ape yang nak dikatakan pon dah xda guna.. NASI DAH JADI BUBUR...
klu jadi bubur boleh makan sedap gak perut kenyang...

amali yang merangkumi excel,word, dan powerpoint...masa dalam kelas belajar rasa macam senang je.."ala kacang goreng je ni " kata dalam hati...

bila tiiba masa amali huh berpeluh-peluh, bertungkus lumus nak siapkan.. ok la mmg di akui agak senang basic jew kan..tp bile hati kite xtenang + kelam kabut = huru hara jadinya.. yang senang  jd susah.. yang susah berganda-ganda susah... sorry sgt2 kat puan Rohizah... cian puan bertungkus lumus mengajar kat depan..tp biile amali saye boleh terkandas...klu la mama tau apa yang dah jadi mesti die sedih... die berharap anak perempuan die yang sorang ni jadi sorang insan yang penuh dengan ilmu pengetahuan.. tp ape dah jadi benda basic pon boleh lupa.. ya Allah ampunkan hambamu ini seandainya aku telah melanggar suruhanmu sehingga hati ku terasa tidak tenteram. adakah ini balasan untuk ku didunia....4 my beloved mom, dari dalam hati yang kecil ni mohon seribu kemaafan seandainya anakmu lalai dalam menempuh kehidupan dunia sehingga hati anakmu terasa tidak tenteram.. untuk puan rohizah,saya minta maaf sgt2.saya tau apa yang saya buat amali tadi xsetimpal jika nak dibandingkan dgn ilmu yg telah puan curahkan..mohon restu darimu, halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan.

moral:  walau setinggi mana pun kita tuntut ilmu..RESTU dari kedua ibubapa dan guru adalah yg paling utama..dengan adanya RESTU insyaallah ilmu yg kita terima akan sentiasa kekal menjadi ilmu yg berguna.

Erti Persahabatan

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.



Tetapi dalam kita bersendiri, 

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. 

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. 



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. 

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. 

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. 

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. 

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. 



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. 

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? 

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. 

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. 

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, 

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, 

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. 

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? 

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? 

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? 

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. 



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, 

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. 

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. 

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. 

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, 

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, 

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. 


p/s : Tampar pipi! Tampar pipi! Sedar dan bangunlah, adakah kita benar-benar bersahabat? Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar. 

MUHASABAH DIRI DAMBA CINTAMU


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

mengapa kita bertangguh ?


Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination). 

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka. adakah kita seorang yang suka bertangguh?? 

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita

2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan

3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah

4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar

5) Tidak ada perancangan yang baik

6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri

7) Kita takut untuk berubah.

8) Kita takut gagal

9) Matlamat tidak jelas

10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai

11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.

12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat

13) Melayan sikap malas

14) Amalan tabiat kerja last minutes

15) Kurang dorongan

16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian

17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius

18) Tiada semangat yang jitu dan mantap

19) Tabiat tidak menghargai masa

perlukah seumur hidup kita ingin jadi begini?? Jom sama-sama kita banteras dan lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita. dan nyawa kita bergantung pada masa  :)

jangan mencari terlalu sempurna



BUAT PEDOMAN BERSAMA.


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Monday 16 April 2012

FAKTOR-FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA


Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.