1. Semua hadis menceritakan
betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya
dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang
Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah
begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan
Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan.
Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu
nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan
keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai
diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan
segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah
yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam
mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada
1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada
Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti
mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua
anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih
harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi
dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat
puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah
meninggikan suara apabila bercakap.
No comments:
Post a Comment